Kehidupan awal Sultanah_Maliha

Tengku Maliha ialah anakanda ketiga daripada tujuh adik beradik kepada Tengku Sri Jaya Diraja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman dengan Cik Puan Rokiah binti Sulaiman.[2] Tengku Maliha merupakan ahli kaum kerabat diraja Negeri Kelantan dengan Sultan Yahya Petra sebagai paduka nenda saudaranya.[3]

Baginda mendapat pendidikan awal di SK St Mary, Sentul dan seterusnya di SK dan SMK Assunta, Petaling Jaya ketika ayahanda baginda berkhidmat di KLM iaitu sebuah syarikat penerbangan Belanda.[4] Pada tahun 1960, Sultanah Maliha bersama kerabat baginda berangkat pulang dan bersemayam di Kota Bharu, Kelantan kerana pada waktu itu ayahanda baginda diperkenankan untuk bertugas sebagai juruiring kepada Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan ke-27.

Sekembalinya di Kota Bharu, Sultanah Maliha mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Zainab, Kota Bharu dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah seperti sukan hoki dan mengambil bahagian dalam persatuan perbahasan di sekolah.[5] Tengku Maliha pernah mewakili sekolah dalam pertandingan debat bahasa Inggeris.

Rujukan

WikiPedia: Sultanah_Maliha http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultanah... http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1459684 http://www.kosmo.com.my/terkini/sultanah-maliha-di... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2011/... http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultanah-ma... https://m.malaysiakini.com/news/366225 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04... https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/... https://www.bharian.com.my/node/234667